siot kau bawak kereta macam pelesit...!!!
Aku nak tulis menda ni dari minggu lepas tapi tak ada masa , jadi baru sekarang aku tulis...
Cerita dia macam ni...., aku pegi Jumaat(aku pegi eh)....nak memunaikan tanggung jawab la katakan...dah2 settle sembahyang zaasss dengan lajunya abang2 kita melarikan diri dari masjid...tak sabar nak blah...panas ke bang???
Aku faham korang nak cepat, aku faham korang kerja, aku faham korang nak berambus...tapi bawak la bersabar...
Mcm ni... aku bawak keta, sampai la kat simpang, and then bila dah clear aku bg signal nak belok kanan....dah keluar halfway dah pun...nak dijadikan cerita adalah makhluk sorang ni dah nampak aku nak keluar lagi dia tekan minyak , tak kasi can punya... " mak aih, cilakak punya manusia...baru je kuar sembahyang...kopiah kau pun ko tak bukak lagi ".... apa punya orang lah...
Kau tu orang melayu, lemah lembut , biar mati anak jangan mati adat,sopan santun..abis apasal perangai kau mcm tenuk?? Mmg inilah masalah MELAYU ni... konon bangsa hebat la , tuan la apa la...BULLSHIT!!!... Bila pernah melayu jadi tuan ??? kita dijajah beratus-ratus tahun adalah...
hahaha...puas hati aku mengarut...jadi pengajaran nya disini, tolonglah..!!! wahai melayu , tolonglah belajar untuk berubah....
Aku benci sebab bangsa aku masih tak sedar diri...aku benci sebab bangsa aku malas..aku benci sebab bangsa aku bongkak...aku benci sebab walaupun aku tahu aku salah aku tak mahu berubah...aku adalah melayu
No comments:
Post a Comment